Anggota tentera mengaku tidak bersalah aniaya anak
Iklan
Seorang anggota tentera mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menganiaya anak lelakinya, dua tahun lepas. Foto hiasan
KOTA BHARU - Seorang anggota tentera mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Ahad atas pertuduhan menganiaya anak lelakinya, dua tahun lepas.
Zainudin Zainal Abidin, 42, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.
Iklan
Iklan
Mengikut pertuduhan, dia didakwa menganiaya seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun satu bulan dengan cara menendang perut dan menampar muka sehingga mungkin menyebabkan kecederaan fizikal dan gangguan emosi di sebuah rumah di Kampung Kijang, di sini kira-kira 7.30 malam pada 11 Mei 2024.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611] yang boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Iklan
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Kamilah Che Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Samsul Bahrin.
Terdahulu, Nur Kamilah tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh, manakala Samsul memohon jaminan rendah diberikan kepada anak guamnya.
Iklan
Mahkamah membenarkan Zainudin diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 Jun ini untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Bella tetap bersama walaupun dalam tempoh saya masih pesalah' - Syed Saddiq"><meta itemprop="description" content="Ucapan penghargaan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kepada ibu bapa, adik-beradik serta rakan-rakan, khususnya tunangnya, Bella Astillah, mengundang sebak.
Bekas Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) itu menyifatkan Bella sebagai seorang wanita yang tetap setia mengharungi setiap ujian bersamanya, meskipun sejak awal perkenalan mereka beliau sudah berdepan kes mahkamah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/787590/berita/semasa/bella-tetap-bersama-walaupun-dalam-tempoh-saya-masih-pesalah---syed-saddiq
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SyedSaddiq #Mahkamah #BASS"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-13T05:10:31.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P49S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaos31m"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaos31m"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaos31m"></script>