Soalan
Saya masih mempunyai hutang rumah dan kenderaan. Hutang itu wajib dibayar sedangkan ibadah korban hanyalah sunat. Boleh beri pencerahan?
Jawapan
Perbuatan membayar hutang terbahagi kepada beberapa hukum iaitu wajib apabila tiba masa yang dijanjikan untuk membayarnya dan mempunyai harta.
Hukum membayar hutang menjadi sunat apabila belum tiba waktu membayarnya namun dia tetap ingin melangsaikannya.
Bagaimanapun jika waktu pembayaran masih belum tiba dan dia mahu melaksanakan ibadah korban, ia dihukumkan sebagai harus.
Mengenai hutang rumah dan kereta, ia merupakan hutang jangka panjang dan kebiasaannya kita sudah memperuntukkan wang untuk membayarnya setiap bulan.
Jadi, hutang kereta dan rumah itu tidak boleh menjadi alasan untuk tidak melakukan ibadah korban sekiranya mempunyai lebihan wang pada bulan tersebut.