Pakej mampu milik ke Tanah Suci

Iklan
JEMAAH yang menjadi keluarga kecil Farid ketika berada di Haramain.

Tawaran lengkap Ikhlas.com jatuh pada cuti semester buatkan impian Farid kembali ke Haramain jadi kenyataan

KEBIASAANNYA waktu cuti semester bagi mahasiswa akan dihabiskan bersama ahli keluarga atau digunakan untuk menambah pendapatan dengan bekerja sambilan.

Namun berbeza bagi pemuda berusia 23 tahun yang berasal dari Perak, Farid Azhar. Percutiannya bukan sekadar seperti kebiasaan pelajar lain, malah dia menempuh perjalanan untuk ke Tanah Suci buat kali kedua.

Iklan
Iklan

Beliau pernah menunaikan umrah buat kali pertama bersama keluarga ketika dia berusia 13 tahun, kira-kira 10 tahun lalu dan kali ini dia berangkat ke Haramain seorang diri.

Ujarnya, beliau pada asalnya tidak merancang untuk pergi bersendirian, namun cuti semester yang jatuh ketika tawaran pakej daripada Ikhlas.com yang merangkumi makanan dan ziarah pada harga yang dianggap berbaloi, dia akhirnya membuat keputusan untuk ke sana.

Iklan

Tambahnya, perkhidmatan serta pengurusan yang disediakan syarikat berkenaan sepanjang perjalanan juga begitu memuaskan.

FARID (dua dari kanan) bersama jemaah Iain ketika di Tanah Suci.

Iklan

Beliau menyambung, walaupun sedikit gementar pada awalnya kerana tahu akan mengembara ke Tanah Suci bersama jemaah lain yang tidak dikenali, namun beliau positifkan diri dan akhirnya jemaah bersamanya itu membentuk sebuah keluarga kecil di sana.

Renung perubahan hidup

Selain faktor kemampuan dari segi kewangan, kembalinya Farid ke Tanah Suci selepas 10 tahun turut memberinya peluang untuk merenung perubahan besar dalam kehidupannya.

Apa yang paling terkesan baginya ialah kali ini tiada lagi sosok tubuh ibu yang menemaninya ketika menunaikan umrah.

“Perbezaan paling besar antara 10 tahun lalu dengan tahun ini ialah saya sudah kehilangan ibu. Jadi walaupun pergi bersama keluarga, ia tidak lagi lengkap,” katanya.

Namun banyak perkara positif yang dapat dikutip, antaranya pengalaman yang paling bermakna sepanjang perjalanan itu ialah ketika berada di Raudhah yang terletak di dalam Masjid Nabawi di Madinah dan dia berpeluang berada di situ selama hampir tiga jam.

Beliau menyifatkan pengalaman itu sebagai satu keberkatan kerana dapat berdoa dalam tempoh yang panjang agar menjadi insan lebih baik serta kekal istiqamah dalam beragama.

Usah bertangguh ke hujung usia

“Kita cenderung berfikir bahawa kita sentiasa boleh pergi ke Tanah Suci kemudian. Tetapi jika ada peluang untuk pergi ketika masih muda dan sihat, kita patut mengambil peluang itu,” katanya ketika ditanya mengapa beliau memilih untuk menunaikan umrah secara bersendirian pada usia muda.

FARID (kiri) tidak melepaskan peluang cuti semester untuk mengerjakan umrah, tambahan pula pakej berbaloi ditawarkan Ikhlas.com.

Bagi golongan muda di Malaysia, ibadah umrah mungkin sebelum ini dilihat sebagai sesuatu yang boleh ditangguhkan sehingga usia lebih lanjut.

Namun Farid berpandangan peningkatan kesedaran dalam kalangan golongan muda kini mendorong lebih ramai memilih untuk menunaikan umrah pada usia lebih awal, ketika masih sihat dan pakej perjalanan masih mampu dimiliki.

Ketika ditanya nasihat kepada golongan muda Malaysia yang sedang mempertimbangkan untuk menunaikan umrah, Farid berkata, mereka tidak seharusnya menganggap ibadah berkenaan perlu ditangguhkan.

“Jika ada peluang pada harga yang mampu ditanggung dan keadaan mengizinkan, saya rasa ia wajar diambil,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Komersial Ikhlas.com, Effendy Yahya berkata, menjadikan ibadah umrah lebih mudah diakses seperti pakej yang mereka tawarkan iaitu RM4,990, merupakan antara objektif syarikat berkenaan.

EFFENDY YAHYA

“Dahulu, orang ramai biasanya perlu menyimpan wang dalam jumlah yang besar sebelum mampu menunaikan umrah.

Syarikat berkenaan menawarkan pakej umrah Super Economy, Economy, Standard dan Premium dengan harga antara RM4,990 hingga RM12,990.

Bagi pakej Super Economy, jemaah ditempatkan di Madinah dan Makkah dengan pilihan perjalanan selama 12 hari 10 malam atau sembilan hari tujuh malam.