Soalan
Sebelum ini, ibu saya suka memberi makanan kepada kucing-kucing liar di taman perumahannya. Lama-kelamaan kucing tersebut sentiasa ada di rumah ibu saya dan perkara tersebut menyebabkan gangguan kepada jiran-jiran. Apakah boleh kucing tersebut dibuang?
Iklan
Iklan
Jawapan
Secara umumnya hukum membuang kucing ialah harus selagi mana ia tidak mendatangkan bahaya atau menyebabkan kemudaratan kepada kucing tersebut.
Contohnya, jika kucing tersebut dilepaskan di kawasan yang membolehkan ia mencari makanan sendiri serta mempunyai tempat untuk ia berlindung, maka ia dibenarkan.
Berbalik kepada soalan, sekiranya kucing tersebut mengganggu kejiranan, adalah lebih baik kucing tersebut diberikan kepada orang lain yang boleh menjaganya, ditempatkan di pusat haiwan atau di tempat-tempat yang ia boleh hidup dengan sendirinya.
Ini kerana menjaga hak-hak jiran adalah lebih utama.