Dahulukan ibu bapa tunai haji

Iklan
AMAT digalakkan bagi seorang anak untuk mendahulukan ibu bapa dalam menunaikan ibadah haji. Foto Canva

Soalan

Saya merupakan seorang anak yang masih belum menunaikan haji tetapi sudah mempunyai kemampuan dari segi kewangan. Bagaimanapun, bolehkah saya mendahulukan kedua-dua ibu bapa saya yang tidak berkemampuan untuk menunaikan haji terlebih dahulu?

Iklan
Iklan

Jawapan

Haji merupakan Rukun Islam kelima yang wajib ditunaikan setiap Muslim, namun kefarduan ini hanya diwajibkan kepada golongan yang mempunyai kemampuan (istito’ah) serta memenuhi syarat-syarat wajib haji.

Iklan

Umar RA meriwayatkan, seorang lelaki bertemu Rasulullah SAW dan berkata: “Wahai Rasulullah, apakah antara sebab yang mewajibkan haji?” Baginda bersabda: “Ada bekalan dan kenderaan.” (Hadis Riwayat At-Tirmizi)

Ciri-ciri orang yang berkemampuan, antaranya:

Iklan

2 - Memiliki bekalan makanan dan minuman dengan harga yang biasa di tempat-tempat yang lazimnya disinggahi dalam perjalanan pergi dan pulang.

3 - Mempunyai kenderaan atau kemudahan perjalanan yang sesuai dengan keadaannya, sama ada memiliki atau mampu menyewa kenderaan itu dengan harga yang sesuai.

4 - Laluan perjalanan yang selamat tanpa memerlukan pembayaran tertentu untuk menjamin keselamatan diri dan harta.

5 - Waktu yang mencukupi untuk melakukan perjalanan dan menyempurnakan ibadah haji.

Namun kewajipan menunaikan haji ini bukanlah bersifat segera, bahkan ia boleh ditangguhkan.

Jadi, sekiranya seorang anak mempunyai kemampuan kewangan untuk menunaikan haji, kewajipan itu tidaklah bersifat serta-merta. Malah menurut Mazhab Syafie, ia boleh ditangguhkan ke masa yang sesuai.

Memandangkan ibu bapa biasanya lebih berusia serta peluang mereka untuk menunaikan haji semakin terhad, maka perbuatan ini diharuskan dan amat digalakkan bagi seorang anak untuk mendahulukan mereka dalam ibadah mulia ini.