Seorang maut, tiga cedera dalam letupan di tapak ekspo
Iklan
Punca letupan di tapak ekspo berhampiran SP Plaza, di Sungai Petani pada Khamis malam masih dalam siasatan pihak berkuasa.
SUNGAI PETANI – Seorang lelaki maut manakala tiga lagi cedera selepas sebuah tong gas helium meletup di tapak ekspo berhampiran SP Plaza, di sini pada Khamis malam.
Dalam kejadian tersebut, mangsa, Azmi Ahmad yang berusia 42 tahun maut di lokasi kejadian, manakala tiga lagi mangsa lelaki cedera iaitu masing-masing berusia 15, 36 dan 49 tahun.
Iklan
Iklan
Difahamkan, tong gas helium berkenaan digunakan untuk mengisi belon kanak-kanak bagi tujuan perniagaan di tapak ekspo terbabit.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui sistem MERS 999 pada jam 7.52 malam sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani digerakkan ke lokasi kejadian.
Iklan
Menurutnya, pasukan bomba tiba di lokasi kira-kira jam 8.05 malam dan mendapati benar berlaku letupan melibatkan sebuah tong gas jenis helium.
“Letupan itu melibatkan satu tong gas helium yang digunakan untuk mengisi belon kanak-kanak sehingga menyebabkan empat mangsa terlibat.
Iklan
“Seorang lelaki disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), manakala tiga lagi mangsa cedera ringan,” katanya pada Khamis.
JBPM Kedah berkata, mangsa yang cedera diserahkan kepada pihak KKM untuk rawatan lanjut, manakala mangsa yang maut diserahkan kepada polis bagi tindakan selanjutnya.
Menurutnya, operasi turut melibatkan bantuan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan KKM dan punca kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah: Waris gesa siasatan dibuka semula"><meta itemprop="description" content="Waris tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah (DQI) pada 14 September 2017 lalu menggesa pihak berkuasa membuka semula kertas siasatan berhubung kemungkinan pelanggaran undang-undang dan peraturan keselamatan bangunan yang didakwa menyumbang kepada kejadian itu, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Aminnuraliff Mohd Zoki.
Gesaan itu dibuat selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 Februari lalu memutuskan tuntutan sivil berkaitan kecuaian dan ketinggalan pihak-pihak yang terlibat dalam pengurusan serta pemilikan bangunan berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/796974/berita/semasa/tragedi-pusat-tahfiz-darul-quran-ittifaqiyah-waris-gesa-siasatan-dibuka-semula
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #TragediPusatTahfizQuranIttifaqiyah #warisgesasiasatandibukasemula"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-19T07:24:36.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/efgzU1ghZYq1VUK7J/x1080"><meta itemprop="duration" content="P123S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xba1w7y"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xba1w7y"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xba1w7y"></script>