'Siapa kata pejuang Sumud tiada taring?' – Syed Saddiq
Iklan
Syed Saddiq
SHAH ALAM - Keberanian peserta misi kemanusiaan yang mempertahankan nasib rakyat Palestin berjaya membuka mata dunia terhadap kekejaman yang berlaku di Gaza ketika ini.
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, tanggapan bahawa mereka tidak mempunyai kekuatan untuk mengubah keadaan adalah tidak tepat kerana perjuangan mereka berjaya membuka mata dunia terhadap penderitaan yang dialami.
Iklan
Iklan
“Jangan kata suara kita tidak penting. Bila rakyat bersuara, dunia terpaksa melihat. Bila dunia melihat, mereka tidak lagi boleh bersembunyi daripada kekejaman yang berlaku.
"Terus bersuara. Buka mata dunia. Lawan kekejaman. Berdasarkan reaksi dunia ketika ini, arus perubahan semakin jelas dan lebih ramai masyarakat dunia mula membuka mata terhadap kekejaman yang berlaku.
Iklan
“Siapa kata pejuang sumud tiada ‘taring’? Mereka telah membuka mata dunia terhadap kekejaman yang sedang berlaku," katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Khamis.
Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir pada Rabu memuat naik video mengejek kira-kira 430 peserta Global Sumud Flotilla yang ditahan di perairan antarabangsa dalam keadaan tangan mereka diikat di belakang dan berada dalam posisi seperti bersujud.
Iklan
Tindakan Ben-Gvir mendapat kecaman pelbagai pihak, malah Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memberi teguran keras selepas provokasi melampau itu mencetuskan gelombang kecaman komuniti antarabangsa.
Menurut Syed Saddiq, sukarelawan terbabit bukan sahaja diikat dan dipaksa tunduk, malah dihina seolah-olah nyawa serta maruah manusia langsung tidak mempunyai nilai.
"Ini bukan kali pertama dia menghina. Tapi kali ini lain. Kejinya tindakan itu sampai sekutu terkuat Israel, Amerika Syarikat (AS) sendiri pun mengecam.
"United Kingdom, Kanada, Itali, Perancis, Sepanyol, Jerman, Poland dan Kesatuan Eropah (EU) juga tampil bersuara," ujarnya.
Menurut beliau, Perdana Menteri Kanada menganggap tindakan itu sebagai sesuatu yang sangat keji, manakala Perdana Menteri Itali pula menyifatkannya sebagai tidak boleh diterima sama sekali.
Kongsinya, Menteri Luar United Kingdom juga mengakui beliau benar-benar terkejut dan marah, malah lebih memalukan apabila Perdana Menteri Israel sendiri dilihat cuba menjauhkan diri daripada tindakan Ben-Gvir.
"Menteri Luar Israel turut menegur dan menegaskan bahawa Ben-Gvir tidak mewakili Israel,” katanya.
Syed Saddiq berkata, perkembangan itu membuktikan bahawa suara rakyat dan tekanan masyarakat dunia sebenarnya mampu memberi kesan besar terhadap isu kemanusiaan.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>