Tony Pua dipanggil polis, beri keterangan hampir 40 minit

Iklan
Tony

SHAH ALAM - Bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua menghabiskan masa kira-kira 40 minit untuk diambil keterangan susulan kontroversi hantaran di media sosial berkaitan Rukun Negara.

Menurutnya, beliau menerima panggilan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam jam 1.30 petang untuk mengatur rakaman percakapan mengikut Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah.

Iklan
Iklan

"Saya menawarkan diri untuk hadir pagi esok, namun Inspektor yang bertanggungjawab menyatakan menerima arahan untuk diambil kenyataan hari ini (Khamis).

"Janji temu dibuat di Petaling Jaya hari ini jam 4 petang dengan saya memberi kerjasama sepenuhnya kepada dua pegawai yang profesional. Proses itu mengambil masa kira-kira 40 minit," katanya dalam hantaran di Facebook pada Khamis.

Iklan

 

ARTIKEL BERKAITAN: 

Iklan

Tony Pua kongsi penghayatan mukadimah Rukun Negara

 'Saya terpaksa cari maksud kaduk naik junjung', - Tony Pua

Persenda titah sultan: Tony Pua biadab, bagai kaduk naik junjung - Asyraf Wajdi

Tony Pua dakwa kuasa raja terhad pada aspek tertentu

Persenda titah sultan: Tony Pua biadab, bagai kaduk naik junjung - Asyraf Wajdi

'Cukup-cukuplah kerjasama dengan mereka, titah Sultan pun sanggup diperlekeh' - Akmal Saleh

Hormati Institusi Raja, jangan pilih Perlembagaan ikut kepentingan politik - Mohamed Sukri

 

Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP itu berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Beliau memaklumkan bahawa siasatan dimulakan selepas polis menerima lebih 80 laporan dan yang pertama dibuat di Sri Muda di sini.

"Apabila ditanya tujuan hantaran itu dibuat, saya menjawab bahawa ia adalah untuk berkongsi pandangan mengenai Rukun Negara.

"Apabila ditanya tentang maksud hantaran tersebut, saya menjawab ia mengikut apa yang ditulis," katanya lagi.

Berhubung tindakan selanjutnya, kata Tony, beliau perlu menunggu dan lihat dan pihaknya tidak bertanya lanjut berhubung saksi lain yang mungkin diambil keterangan.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M Kumar mengesahkan polis membuka kertas siasatan terhadap Tony susulan hantaran yang didakwa menyentuh isu sensitif berkaitan institusi Raja Berperlembagaan dan Rukun Negara.

Menerusi hantaran itu, Tony menyatakan bahawa Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan yang mana kuasa raja secara amnya terhad kepada aspek-aspek tertentu sahaja.

Katanya, rakyat Malaysia tidak hidup dalam sistem di mana raja boleh mengeluarkan titah yang mengikat dan menggubal semua aspek kehidupan rakyat.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menyarankan Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan bekas Exco DAP, Ronnie Liu datang seminggu sekali ke Dataran Selangor untuk memahami dah menghayati makna Rukun Negara.