Polis Kelantan buka siasatan dalaman kebakaran motosikal polis trafik
Iklan
Siasatan turut dijalankan serentak dengan proses forensik oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian.
KOTA BHARU - Polis Kelantan menjalankan siasatan dalaman bagi mengenal pasti sama ada wujud unsur lain di sebalik kebakaran melibatkan bangunan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh awal pagi Khamis.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, siasatan turut dijalankan serentak dengan proses forensik oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian.
Iklan
Iklan
Menurut beliau, pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden itu kira-kira jam 2.15 pagi sebelum tindakan segera diambil dengan menghubungi pihak bomba.
"Pasukan bomba kemudian berjaya mengawal dan memadam kebakaran tersebut.
Iklan
Beliau memberitahu, jumlah kerugian dan punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan pihak forensik JBPM.
Pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden itu kira-kira jam 2.15 pagi sebelum tindakan segera diambil dengan menghubungi pihak bomba.
Iklan
Ujarnya, dalam masa yang sama, pihaknya turut menjalankan siasatan dalaman bagi mengenal pasti sekiranya terdapat unsur-unsur lain berkaitan kejadian tersebut.
"Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai kebakaran struktur," katanya.
Mohd Yusoff memberitahu, bagi memastikan kelancaran perkhidmatan kepada masyarakat, segala urusan kaunter dan operasi BSPT akan diteruskan seperti biasa melalui penempatan sementara.
Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih di media sosial sehingga boleh mengganggu siasatan pihak berkuasa.
"Kerjasama semua pihak amat dihargai bagi memastikan siasatan dapat dijalankan dengan lancar," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Van sekolah operasi tanpa permit, insurans serta daif kaut untung RM10,000 sebulan"><meta itemprop="description" content="Pemilik van persendirian dipercayai mengaut keuntungan sehingga RM10,000 sebulan dengan mengendalikan perkhidmatan van sekolah secara haram tanpa permit dan perlindungan insurans, selain menggunakan kenderaan yang berada dalam keadaan daif sehingga boleh membahayakan keselamatan pelajar.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, Mohd Misuari Abdullah berkata, pengusaha terbabit turut didapati membawa pelajar secara berhimpit-himpit sehingga melebihi kapasiti yang dibenarkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803951/edisi/kelantan/van-sekolah-operasi-tanpa-permit-insurans-serta-daif-kaut-untung-rm10000-sebulan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #JPJ #VanSekolah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T07:07:33.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P173S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvdxoq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvdxoq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvdxoq"></script>