SHAH ALAM - Seorang penunggang motosikal maut selepas tersepit di bawah jengkaut dalam kemalangan di susur keluar Lebuhraya Persekutuan menghala ke simpang empat kilang gula dari arah Shah Alam, tengah malam tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.06 tengah malam.