Pengambilalihan saham IJM Corporation: SPRM siasat dua individu
Iklan
Abdul Halim ditemu bual oleh pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat SPRM Selangor pada Rabu. Foto Bernama
SHAH ALAM - Dua kertas siasatan membabitkan pengambilalihan sukarela IJM Corporation oleh Sunway Bhd masih dibuka dan aktif susulan penemuan unsur berkaitan penyelewengan dalam urusan berkenaan.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abdul Halim Aman berkata, siasatan mendapati terdapat elemen yang boleh disiasat di bawah Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA), melibatkan dua individu.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, setakat ini SPRM telah merakam keterangan 13 individu bagi membantu siasatan kes berkenaan.
"Kertas siasatan kes ini masih aktif kerana melalui siasatan yang dijalankan oleh SPRM, kita mendapati wujud unsur-unsur yang boleh disiasat di bawah undang-undang berkaitan,” katanya kepada Bernama selepas melakukan lawatan kerja ke pejabat SPRM Selangor, di sini pada Rabu.
Iklan
Mengulas perkembangan lain, Abdul Halim mengesahkan siasatan SPRM terhadap Pengerusi IJM Corporation Tan Sri Krishnan Tan telah diklasifikasikan sebagai ‘Tiada Tindakan Lanjut’ selepas mendapati tiada unsur jenayah, salah laku atau pelanggaran tadbir urus korporat.
Beliau berkata, siasatan mendapati cadangan pengambilalihan berkenaan dijalankan mengikut rangka kerja perundangan dan kawal selia yang ditetapkan Suruhanjaya Sekuriti, namun cadangan itu kemudiannya dibatalkan oleh Sunway Bhd.
Iklan
Dalam pada itu, Abdul Halim berkata, siasatan berkaitan dakwaan pengubahan wang haram bernilai RM2.5 bilion juga didapati tidak berasas selepas SPRM menjalankan siasatan bersama Bank Negara Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Serious Fraud Office (SFO) United Kingdom.
"Hasil siasatan mendapati ia merupakan aset kecil dalam bentuk pelaburan kewangan sah melalui institusi perbankan antarabangsa dan diuruskan secara profesional mengikut saluran undang-undang,” katanya.
Beliau berkata, SFO United Kingdom juga mengesahkan tidak pernah menjalankan sebarang siasatan berkaitan dakwaan pengaliran wang berkenaan.
Pada Mac lepas, SPRM memaklumkan pihaknya membuka kertas siasatan berhubung beberapa isu membabitkan syarikat berkenaan termasuk transaksi kewangan dan pelaburan luar negara bernilai kira-kira RM2.5 bilion. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa hilang ditemukan lemas"><meta itemprop="description" content="Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas pagi Selasa menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah dikesan setakat ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803922/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sungai-pertak-empat-lagi-mangsa-hilang-ditemukan-lemas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KepalaAir"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T03:35:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/go7Eg1gyf3hgPjnnm/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvcii2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvcii2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvcii2"></script>