PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) meminta orang ramai membantu mengesan seorang lelaki warga Bangladesh yang dikehendaki bagi perbicaraan kes di mahkamah di bawah Akta Imigresen 1959/63.
Menurut kenyataan JIM, individu itu dikenali sebagai Miah Forhad, 27, beralamat terakhir di Chow Kit, Kuala Lumpur.