Sabah gerakkan pasukan khas uji sampel pengesanan Covid-19

Iklan
Gambar hiasan. - Foto 123RF

KOTA KINABALU - Jabatan Kesihatan Negeri Sabah menggerakkan satu pasukan khas untuk menjalankan ujian sampel pengesanan koronavirus (Covid-19) di negeri ini bermula semalam.

Pengarahnya, Datuk Dr Christina Rundi berkata, pasukan khas itu memulakan proses berkenaan di Makmal Kesihatan Awam Kota Kinabalu.

Iklan
Iklan

"Ini hanya dapat dilaksanakan setelah menerima semua kelengkapan makmal yang diperlukan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Sementara itu, Dr Christina berkata, terdapat tujuh kes baharu dilaporkan di negeri itu semalam iaitu tiga kes di Keningau, Tambunan (dua) dan masing-masing satu kes di Kota Kinabalu dan Papar.

Iklan
Iklan

Katanya, ini menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Sabah adalah 248 kes setakat semalam. - Bernama