MAKKAH – Lima rakyat Malaysia ditahan pasukan keselamatan haji Arab Saudi baru-baru ini, selepas didapati cuba memasuki Makkah tanpa permit haji menerusi laluan tidak rasmi dan kawasan berbukit, lapor Saudi Gazette pada Selasa.
Menurut pihak berkuasa, kesemua mereka ditahan kerana melanggar peraturan haji selepas cuba memasuki kota suci itu melalui jalan tidak berturap dan laluan di kawasan lembah tanpa permit sah.