Perang AS-Iran akan ditamatkan 'dengan cepat' - Trump

Iklan
Donald Trump. Foto Agensi

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Selasa berkata, AS sedang bergerak pantas ke arah menamatkan perang dengan Iran, lapor Anadolu Ajansi (AA).

"Kami akan menamatkan perang itu dengan sangat cepat. Mereka amat mahu mencapai perjanjian, mereka sudah penat dengan semua ini.

Iklan
Iklan

"Saya fikir kami akan menyelesaikannya dengan sangat cepat, dan mereka tidak akan memiliki senjata nuklear, dan diharapkan kami dapat menyelesaikannya dengan cara yang sangat baik,” kata Trump di Rumah Putih.

Presiden itu turut menekankan kekuatan ketenteraan AS sambil menyifatkan operasi ketenteraan baru-baru ini telah melemahkan keupayaan Iran.

Iklan

Trump seterusnya menegaskan bahawa Iran tidak akan dibenarkan membangunkan senjata nuklear dalam apa jua keadaan.

"Kami tidak akan dapat menerima perkara itu, dan kami tidak akan menerimanya,” katanya.

Iklan

Perkembangan itu berlaku ketika ketegangan serantau meningkat sejak AS dan Israel melancarkan serangan terhadap Iran pada Februari lepas. Tehran bertindak balas dengan melancarkan serangan menyasarkan Israel serta sekutu AS di Teluk, selain penutupan Selat Hormuz.

Gencatan senjata berkuat kuasa pada 8 April menerusi pengantaraan Pakistan, namun rundingan di Islamabad gagal menghasilkan perjanjian berkekalan. Trump kemudian melanjutkan gencatan senjata itu tanpa had masa.- Bernama