Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia gagal ke final regu

Iklan
Myanmar cipta kejutan menewaskan juara bertahan Malaysia dalam acara regu.

MALAYSIA gagal meneruskan kemaraan ke final acara regu apabila tewas straight set 9-15, 10-15 kepada Myanmar di Stadium Titiwangsa, sebentar tadi.

Ia adalah kejutan terbesar di Piala Dunia Sepak Takraw 2026 kerana Malaysia tampil selaku juara bertahan.

Iklan
Iklan

Dalam kedua-dua set itu, kesilapan demi kesilapan oleh pemain negara membantu Myanmar meraih mata.

Kebangkitan epik yang diharapkan di set kedua tidak berlaku biarpun pada satu ketika skuad negara mengejar mata selepas ketinggalan 4-12.

Iklan

Malaysia mara ke separuh akhir selepas menjinakkan Filipina 2-0 pada Isnin.

Terdahulu, skuad negara menewaskan Vietnam 2-1 untuk mara ke final kuadran.

Iklan

Pada aksi final malam ini, Malaysia akan berdepan India.