Noraidah hadir ke mahkamah bersama potret Zara Qairina

Iklan
Noraidah yang memegang potret anaknya, Zara Qairina bersama kakak iparnya, Nur Shira hadir ke Mahkamah Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU - [DIKEMAS KINI] Ibu Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir hadir ke Mahkamah Kota Kinabalu, untuk menemankan kakak iparnya yang akan memberi keterangan sebagai saksi ke-71 dalam inkues kematian remaja tersebut pada Selasa.

Noraidah Lamat, 46, yang hadir bersama kakak iparnya, Nur Shira Abdullah, 46, dilihat membawa potret anak tunggalnya yang telah meninggal dunia pada 17 Julai tahun lalu.

Iklan
Iklan

Kedua-duanya turut diiringi pasukan peguam yang mewakili mereka dalam inkues tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Telefon bimbit Zara Qairina, ibu antara dianalisis - Saksi

Iklan

Rakaman audio Zara Qairina dan ibu dimainkan di mahkamah tulen - Juruanalisis

Inkues yang dijadualkan bermula jam 9 pagi di Mahkamah Koroner itu telah memasuki hari ke-67 dan untuk minggu ini ahli keluarga termasuk abang dan anak saudara Noraidah turut dipanggil untuk memberikan keterangan.

Iklan

Pasukan pegawai pengendali untuk inkues ini terdiri daripada Pengarah Pendakwaan Negeri Sabah, Nahra Dollah, serta Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Fairuz Johari, Dana Arabi Wazani, Sofia S Sawayan dan Dacia Jane Romanus manakala Hakim Koroner ialah Amir Shah Amir Hassan.

Pasukan peguam mewakili Noraidah ialah Shahlan Jufri, Datuk Rizwandean M Borhan, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Farrah Nasser dan Elhanan James.