Gara-gara bosan, budak 12 tahun bakar tisu cetus kebakaran pejabat

Iklan
Sebuah pejabat musnah dijilat api gara-gara sehelai tisu yang dibakar oleh kanak-kanak 12 tahun.

NINGBO - Tindakan seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun bermain pemetik api ketika berada di tempat kerja ibunya mengakibatkan sebuah pejabat di Ningbo, wilayah Zhejiang, China musnah dalam kebakaran.

Kejadian dilaporkan berlaku selepas kanak-kanak itu dibawa ke pejabat oleh ibunya yang mahu meluangkan masa bersama anak mereka.

Iklan
Iklan

Menurut laporan media tempatan, ketika ibunya sedang sibuk bekerja, kanak-kanak tersebut ditinggalkan bersendirian di dalam pejabat.

Difahamkan, dia kemudian berasa bosan sebelum bertindak membakar tisu menggunakan pemetik api.

Iklan

Percikan api daripada tisu terbakar itu dipercayai menyambar beberapa barangan berhampiran meja sebelum kebakaran merebak dengan pantas ke seluruh ruang pejabat.

Kanak-kanak terbabit kemudiannya menghubungi ibunya untuk mendapatkan bantuan sebelum pihak bomba dipanggil ke lokasi kejadian.

Iklan

Sementara menunggu ketibaan anggota bomba, beberapa pekerja cuba memadamkan kebakaran menggunakan alat pemadam api jenis serbuk kering.

Bagaimanapun, sebahagian besar premis sudah mengalami kerosakan teruk sebelum api berjaya dikawal sepenuhnya.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu namun kerugian dianggarkan mencecah puluhan ribu yuan.