Suami guru besar ditahan kes intai murid perempuan di tandas sekolah
Iklan
Suami kepada guru besar ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes mengintai murid perempuan di tandas sebuah sekolah di Gua Musang. Foto hiasan:AI
GUA MUSANG - Suami kepada guru besar ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes mengintai murid perempuan di tandas sebuah sekolah di sini.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, lelaki berusia 60 tahun itu ditahan reman selama tujuh hari bermula Ahad sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Iklan
Iklan
Sementara itu sumber berkata, warga emas itu didakwa kerap dilihat berada dalam keadaan mencurigakan berhampiran tandas perempuan sebelum tindakannya disedari beberapa orang murid.
Lelaki berusia 60 tahun itu ditahan reman selama tujuh hari bermula Ahad. Gambar hiasan.
Iklan
"Situasi itu mencetuskan rasa tidak selamat dalam kalangan murid dan ibu bapa yang bimbang terhadap keselamatan anak-anak mereka.
Menurut sumber, mereka turut mendakwa melihat dua pelajar perempuan tahun dua berada di dalam tandas tersebut sebelum ternampak seorang lelaki keluar dari tandas berkenaan.
Iklan
Suspek disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Ujarnya, lelaki sama didakwa kerap dilihat berada di kawasan surau sekolah pada waktu petang pada awal Mei lalu ketika sesi Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) berlangsung.
"Susulan kejadian itu, laporan polis telah dibuat bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa hilang ditemukan lemas"><meta itemprop="description" content="Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas pagi Selasa menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah dikesan setakat ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803922/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sungai-pertak-empat-lagi-mangsa-hilang-ditemukan-lemas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KepalaAir"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T03:35:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/go7Eg1gyf3hgPjnnm/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvcii2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvcii2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvcii2"></script>