Ribut petir, hujan lebat di lima negeri

Iklan
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda lima negeri. Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda lima negeri hingga 1 tengah hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan, keadaan cuaca itu dijangka melanda Pulau Pinang serta Kedah melibatkan kawasan Yan, Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

Iklan
Iklan

Di Perak kawasan diramal terjejas ialah Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar, selain Pahang (Rompin) dan Johor (Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru). - Bernama