BEREGU wanita muda negara, Low Zi Yu dan Noraqilah Maisarah Ramdan muncul naib juara pada saingan Masters China yang melabuhkan tirainya pada Ahad.
Dalam aksi final yang berlangsung di Gimnasium Baoji itu, pasangan muda tersebut terpaksa akur dengan keunggulan lawan apabila tewas kepada gandingan Jepun, Sumire Nakade-Miyu Takahashi.