KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa kawasan di Perak, Pahang, Johor, Sabah serta Labuan hingga 4 petang ini.
MetMalaysia menerusi amaran yang dikeluarkan pada 12 tengah hari memaklumkan, keadaan cuaca itu dijangka melanda hampir seluruh daerah di Perak melibatkan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak serta Batang Padang.