Bolehkah guna barang dahulu, minta izin kemudian?

Iklan
PERBUATAN guna dahulu minta izin kemudian sering berlaku dalam kehidupan harian seperti di pejabat dan kejiranan.

Soalan

Kebiasan terjadi dalam masyarakat kita, sikap menggunakan sesuatu barang terlebih dahulu dan meminta izin selepas itu. Apakah perbuatan ini dibolehkan dalam Islam?

Iklan
Iklan

Jawapan

Secara umumnya menggunakan barang milik orang lain tanpa izin terlebih dahulu adalah tidak dibenarkan dalam Islam.

Iklan

Ini kerana harta seseorang itu mempunyai hak dan kehormatan yang wajib dijaga.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Tidak halal harta seorang Muslim diambil kecuali dengan kerelaan hatinya.” (Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

Iklan

Bagaimanapun, hukum tersebut boleh berbeza mengikut keadaan iaitu:

1 - Jika memang diketahui pemilik barang reda atau dia membenarkan barangan digunakan pada bila-bila masa, maka ia dibolehkan.

3 - Jika terlanjur guna, maka sebaik-baiknya memaklumkan kepada pemilik, meminta maaf dan mengganti kerosakan atau kekurangan nilai barangan tersebut.