Hukum jual beli mystery box

Iklan
Secara asasnya, jual beli barangan yang tidak jelas itu mengandungi unsur gharar yang diharamkan dalam Islam. Foto Canva

Soalan

Di platform jual beli dalam talian, banyak barang dijual sebagai mystery box. Apakah umat Islam dibenarkan untuk melakukan urusan jual beli barangan seperti ini?

Iklan
Iklan

Jawapan

Mystery box atau kotak misteri merupakan suatu produk yang tidak diketahui barangannya secara terperinci dan ia banyak dijual dalam platform dalam talian bagi menarik keterujaan pelanggan.

Iklan

Dalam masa sama, sekiranya pelanggan tidak bernasib baik untuk mendapatkan barang lumayan tersebut, mereka akan diberikan barang lain sebagai ganti yang mempunyai nilai yang lebih rendah daripada barangan yang diimpikan, bahkan berkemungkinan mendapat barangan yang sangat rendah nilainya jika dibandingkan dengan duit yang dilaburkan.

Jual beli seperti ini tidak diharuskan dan terbatal di sisi syarak kerana tidak menepati rukun dan syarat asas jual beli iaitu barang jualan mestilah diketahui dan ditentukan jenis barangannya secara terperinci yang diterima uruf setempat.

Iklan

Antara rukun jual beli ialah:

1 - Pihak yang melakukan akad (penjual dan pembeli).

2 - Akad jual beli (Ijab dan kabul).

3 - Barang jualan dan harganya.

Jual beli mystery box tidak memenuhi rukun jual beli berkaitan barang jualan dan para ulama menetapkan bahawa setiap jual beli hendaklah diketahui barang jualannya antara penjual dan pembeli.

Secara asasnya, jual beli barangan yang tidak jelas itu mengandungi unsur gharar yang diharamkan dalam Islam berdasarkan sepotong hadis: “Sesungguhnya Rasulullah melarang jual beli al-hashah (melempar batu) dan jual beli gharar (tidak jelas).” (Hadis Riwayat Muslim)