Ketua Pembangkang Pulau Pinang dikejarkan ke hospital

Iklan
Muhammad Fauzi Yusoff dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang selepas mengalami masalah tekanan darah tinggi secara tiba-tiba ketika berada di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada Khamis.

GEORGE TOWN - Ketua Pembangkang Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusoff dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas mengalami masalah tekanan darah tinggi secara tiba-tiba ketika berada di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Khamis.

Beliau yang pada awalnya berada dalam keadaan baik difahamkan mula lemah pada jam 12.30 tengah hari sebelum menerima rawatan awal daripada pegawai perubatan yang bertugas.

Iklan
Iklan

Susulan daripada itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Dua kemudiannya dibawa menggunakan ambulans ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut di Unit Kecemasan HPP.

Menurut Timbalan Ketua Pemuda Pas, Muhammad Hafiz Alias, keadaan Muhammad Fauzi kini dilaporkan stabil dan berada dalam keadaan sedar.

Iklan

"Beliau sedang menerima pemantauan rapi di unit kecemasan hospital.

"Bacaan tekanan darah juga dilaporkan telah menurun selepas rawatan diberikan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Iklan

Beliau turut memaklumkan, sebelum insiden tersebut berlaku, keadaan Muhammad Fauzi dalam keadaan baik ketika sesi pagi persidangan berlangsung.