KOTA KINABALU - Tiga pembantu penguat kuasa ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah selepas disyaki meminta dan menerima rasuah secara bulanan sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan terhadap lori sebuah syarikat di sini.
Menurut sumber, kesemua suspek lelaki berusia sekitar 30-an ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Sabah di sini kira-kira jam 4 petang hingga 7 malam Selasa.