Lelaki maut tercampak dalam longkang

Iklan
Anggota bomba mengeluarkan mangsa dari dalam longkang.

KLANG – Seorang lelaki maut selepas dipercayai tercampak ke dalam longkang akibat dirempuh sebuah kenderaan dalam kejadian di Jalan Kapar Batu 5 di sini awal pagi Rabu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.23 pagi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, seramai tujuh anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Klang Utara bergegas ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira lima kilometer.

"Setibanya di lokasi lima minit kemudian, pasukan bomba mendapati mangsa berusia lingkungan 30-an berada di dalam longkang sedalam dua meter," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Iklan

Mangsa dipercayai tercampak ke dalam longkang akibat dirempuh sebuah kenderaan.

Beliau berkata, anggota bomba kemudian mengangkat mangsa menggunakan pengusung sebelum pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan lelaki itu meninggal dunia di lokasi kejadian.

Iklan