Ribut petir dijangka landa 11 negeri sehingga 7 malam ini - MetMalaysia

Iklan
MetMalaysia jangka ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melanda 11 negeri hingga 7 malam ini. Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda hampir semua negeri di seluruh negara hingga 7 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan amaran itu melibatkan keseluruhan negeri Kelantan dan Johor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan.

Iklan
Iklan

Negeri lain termasuk Kedah (Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) dan Perak (Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim).

Keadaan sama diramal berlaku di Terengganu (Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Jerantut, Bentong, Temerloh, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin).

Iklan

Amaran itu turut melibatkan Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat) dan Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin).

Bagi Sarawak pula, kawasan yang dijangka terjejas ialah Kuching, Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu (Tatau), Miri (Subis dan Beluru) dan Limbang.

Iklan

Di Sabah, amaran sama melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran) serta Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan). - Bernama