Tikam 61 kali: Suspek bunuh Nurfisya dituduh hari ini

Iklan
Suspek (tiga dari kanan) tiba di pekarangan Mahkamah Kota Bharu pada Selasa.

KOTA BHARU – Seorang penuntut kolej yang disyaki terlibat dalam kes pembunuhan gadis Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) tiba di Mahkamah Majistret, di sini pada Selasa bagi menghadapi pertuduhan bunuh.

Suspek, 19, tiba di pekarangan mahkamah kira-kira jam 9.15 pagi dengan memakai baju T berwarna hitam dan diiringi anggota polis.

Iklan
Iklan

Keadaan di pekarangan mahkamah dikawal ketat dengan kehadiran anggota polis dan pihak media yang mengikuti perkembangan kes berkenaan.

Kes itu mendapat perhatian ramai susulan mayat mangsa, Nurfisya Zulkifly, 19, yang ditemukan dengan 61 tikaman di Ketereh di sini pada 1 Mei lalu.

Iklan

Tertuduh dijangka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

 

Iklan