Apakah perlu jawab azan ketika di dalam tandas?

Iklan
DILARANG untuk menjawab azan, menjawab salam dan ucap Alhamdulillah selepas bersin ketika berada di dalam tandas. Foto Canva

Soalan:

Saya sedang membuang air besar di dalam tandas, tiba-tiba azan dikumandangkan. Apakah boleh saya menjawab azan?

Iklan
Iklan

Jawapan:

Menjawab azan adalah termasuk dalam sunat muakkad iaitu sunat yang sangat dituntut.

Iklan

Bagaimanapun, menjawab azan ketika berada di dalam tandas adalah dilarang dan makruh menjawabnya demi memelihara syiar serta kebesaran nama ALLAH SWT.

Nabi Muhammad SAW pernah diberi salam ketika Baginda sedang menunaikan hajat namun Baginda tidak menjawabnya.

Iklan

Ini termasuk juga berkata-kata dalam hal yang lain kecuali dalam keadaan yang darurat sahaja.

Selain itu, bersin di dalam tandas juga tidak perlu untuk menjawab Alhamdulillah, sama keadaannya dengan menjawab salam walaupun ia wajib dan menjawab azan walaupun ia sunat muakkad, demi menjaga kesucian nama ALLAH SWT.