KUALA LUMPUR - Seorang lelaki yang disyaki merempuh pasangan suami isteri di Jalan Ampang, menyebabkan kedua-dua mangsa maut disambung reman lima hari lagi bermula Isnin.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, suspek berusia 24 tahun itu dibawa ke lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi kira-kira pukul 11 pagi tadi untuk permohonan sambung reman.