MOSCOW - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada Sabtu mengundang Presiden Rusia Vladimir Putin untuk melawat Malaysia pada 2027, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Seri Paduka Baginda turut mengucapkan terima kasih kepada Putin atas sambutan hangat di Moscow dan mengundang beliau untuk mengadakan lawatan negara ke Malaysia tahun depan, yang akan menandakan ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.