KANGAR - Remaja perempuan Orang Kurang Upaya (OKU) kategori masalah pembelajaran yang dilaporkan hilang di sebuah klinik kesihatan pada Khamis lepas ditemukan selamat semalam.
Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, remaja berusia 13 tahun itu ditemukan di rumah seorang rakan perempuan oleh ibunya pada jam 6.30 petang, selepas dimaklumkan oleh saudara menerusi panggilan telefon kira-kira 20 minit sebelum itu.