WASHINGTON - Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat mengumumkan sekatan terhadap 10 individu dan syarikat, termasuk beberapa yang berpangkalan di China dan Hong Kong, kerana didakwa membolehkan tentera Iran mendapatkan senjata dan bahan yang digunakan dalam dron dan peluru berpandu balistik siri Shahed, lapor Anadolu Ajansi.
Langkah itu menyasarkan rangkaian yang didakwa membantu Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) dan badan gabungannya memperoleh komponen senjata dan bahan mentah gred aeroangkasa.