'Ribut kuat landa Pontian'

Iklan
Keadaan beberapa rumah yang mengalami kerosakan selepas ribut melanda Kampung Melayu Raya Rizab 1, Jalan Tahfiz, Pekan Nenas, petang Ahad.

PONTIAN – Sebanyak 28 rumah mengalami kerosakan akibat kejadian ribut kuat yang melanda berhampiran Kampung Melayu Raya Rizab 1, Jalan Tahfiz, Pekan Nenas, petang Ahad.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pekan Nenas, PBK I Md Bakhtiar Chik berkata, panggilan kecemasan berhubung kejadian itu diterima pada jam 4 petang.

Iklan
Iklan

"Seramai sembilan anggota bersama sebuah jentera FRT dikejarkan ke lokasi yang terletak kira-kira 18 kilometer dari balai.

"Pasukan bomba tiba di lokasi pada jam 4.18 petang dan mendapati benar berlaku bencana ribut yang menyebabkan kemusnahan kepada kira-kira 28 buah rumah.

Iklan

“Bagaimanapun, semua penghuni rumah dilaporkan selamat dan tiada mangsa yang mengalami kecederaan dalam kejadian tersebut," katanya dalam kenyataan

Jelas beliau, anggota membuat pemantauan menyeluruh bagi memastikan keadaan berada dalam keadaan selamat.

Iklan

Operasi masih diteruskan setakat laporan dikeluarkan.