LONDON - Empat individu dikejarkan ke hospital akibat terkena tembakan yang dilepas dari sebuah kenderaan di selatan London pada Sabtu, lapor Anadolu Ajansi.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.15 pagi waktu tempatan itu, seorang lelaki berusia 25 tahun dilaporkan kritikal, manakala tiga yang lain berusia 21, 47 dan 70 tahun mengalami kecederaan namun, tidak serius.