[VIDEO] UMNO Negeri Sembilan rela jadi pembangkang- Jalaluddin
Iklan
KUALA LUMPUR – UMNO Negeri Sembilan rela menjadi pembangkang daripada bersama Pakatan Harapan (PH) dalam pentadbiran kerajaan susulan krisis adat dan perlembagaan di negeri itu.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berucap pada Konvensyen Sempena Sambutan Ulang Tahun UMNO ke-80 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Sabtu. FOTO: MOHD HALIM ABDUL WAHID
Iklan
Iklan
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, ini kerana pihaknya tidak mahu melihat sahaja kesilapan yang dilakukan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.
Menurutnya, berkenaan kerjasama pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) nanti, UMNO Negeri Sembilan berharap agar kepimpinan pusat benar-benar mendengar pandangan akar umbi.
Iklan
"Matlamat utama yang harus difikirkan adalah UMNO memenangi sebanyak mungkin kerusi dan kembali menjadi dominan.
"Jangan gadaikan masa depan UMNO hanya kerana menjaga hati mana-mana pihak," katanya ketika berucap pada Konvensyen 80 Tahun UMNO di sini pada Sabtu.
Iklan
Dalam pada itu, Jalaluddin berkata, beliau mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap krisis yang berlaku.
Bagaimanapun, katanya, sebagai seorang ketua, beliau bertanggungjawab membawa anak buahnya di landasan perjuangan yang sebenar.
"Selagi mana Presiden (Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi) memberi kepercayaan kepada saya untuk menerajui UMNO Negeri Sembilan, saya akan lakukan yang terbaik.
"Kekuatan UMNO Negeri Sembilan berpunca daripada solidariti yang kuat dalam kalangan pimpinan, terutamanya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sedia ada.
"Saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan ADUN yang tetap setia dan bersama-sama saya dalam memacu UMNO Negeri Sembilan ini," katanya.
Perubahan yang dibuat:
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Melaka: Lima kali ayah tewas, saya tiada niat balas dendam – Mukhlis Mubin"><meta itemprop="description" content="Calon muda Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Mukhlis Mubin tidak pernah berniat membalas dendam terhadap lima kekalahan bapanya dalam pilihan raya sebelum ini, sebaliknya menganggap itu sebagai cabaran untuk meneruskan perjuangan berbakti kepada masyarakat.
Mukhlis atau nama penuhnya, Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah, 25, berkata, pengalaman melihat bapanya, Julasapiyah Kassim, turun padang dan berkhidmat kepada masyarakat sejak beliau kecil banyak membentuk dirinya untuk turut aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802952/berita/politik/prn-melaka-lima-kali-ayah-tewas-saya-tiada-niat-balas-dendam-ndash-mukhlis-mubin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T07:28:03.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gY5ac1gw3kBiMQOb0/x1080"><meta itemprop="duration" content="P102S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsugx2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsugx2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsugx2"></script>