KUALA LUMPUR - Keadaan Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang digambarkan seperti 'zon perang' dalam media sosial baru-baru ini, adalah disebabkan proses naik taraf yang sedang dilaksanakan.
Pengarah HKL, Datuk Dr Harikrishna K. R. Nair dalam satu kenyataan berkata, jabatan berkenaan terpaksa beroperasi di kawasan yang mengecil sebanyak 50 peratus, manakala baki 50 peratus keluasan digunakan bagi laluan projek naik taraf berkenaan.