ADUN Lepar dilantik sebagai Ketua BPN Bersatu Pahang

Iklan
Mohd Yazid (dua dari kiri) menerima Watikah pelantikan sebagai ketua BPN Bersatu Pahang daripada Muhyiddin.

KUANTAN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lepar, Mohd Yazid Mohd Yunus dilantik sebagai Ketua Badan Pimpinan Negeri (BPN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pahang yang baharu.

Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran di laman Facebook rasmi Bersatu selepas memuat naik gambar penyerahan watikah pelantikan berkenaan pada Khamis.

Iklan
Iklan

Watikah pelantikan tersebut disampaikan oleh Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Tahniah diucapkan kepada Mohd Yazid Mohd Yunus atas pelantikan sebagai Ketua BPN Bersatu Pahang,” menurut hantaran itu.

Iklan

Turut hadir menyaksikan majlis berkenaan ialah Timbalan Ketua BPN Bersatu Pahang, Datuk Jasri Jamaludin serta Setiausaha Kerja Bersatu Malaysia, Datuk Kapten (B) Suhaimi Sulaiman.

Sementara itu, usaha mendapatkan maklum balas Mohd Yazid berhubung pelantikan tersebut masih belum berjaya.

Iklan