FLUFFY, seekor kucing residen berusia lima tahun, menjadi tarikan utama pengunjung di sebuah klinik veterinar di Sentul.
Kucing berbulu gebu itu sering mencuri perhatian pelanggan yang tertarik dengan saiznya serta sifatnya yang jinak, sekali gus menjadikannya antara ‘penghibur’ kepada mereka yang datang mendapatkan perkhidmatan di klinik berkenaan.