PH langgar prinsip, beri kesan pada parti- Pas

Iklan
Ahmad Fadhli Shaari

SHAH ALAM - Tindakan Pakatan Harapan (PH) yang dilihat melanggar prinsip mereka satu demi satu akan memberi kesan kepada parti tersebut.

Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, ia sepertimana kenyataan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke PH berhubung Barisan Nasional di Negeri Sembilan mendapat undi dalam Pilihan Raya Negeri 2023 (PRN2023) atas mandat pengundi yang mana mereka berkempen bersama.

Iklan
Iklan

Menurutnya, apabila UMNO Negeri Sembilan menarik balik sokongan daripada Menteri Besar PKR, ia melanggar mandat rakyat.

"Saya nak tanya, ketika enam ahli Parlimen (MP) Bersatu isytihar sokong PMX, ia langgar mandat pengundi tak?

Iklan

"Kenapa DAP turut sama menyokong tindakan Speaker yang tidak isytihar kekosongan enam kerusi tersebut yang jelas langgar mandat pengundi mereka di Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)?

"Setidak-tidaknya UMNO Negeri Sembilan buat keputusan 'en bloc' bukan melompat secara peribadi seperti MP Bersatu," katanya menerusi laman Facebook pada Selasa.

Iklan

Sebelum ini, kesemua 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan sebulat suara mengumumkankan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Pengerusi BN Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, keputusan itu dibuat susulan krisis yang membabitkan institusi adat dan perlembagaan negeri.

Tambah Ahmad Fadhli, lagipun tiada sebarang halangan seperti Akta Anti Lompat parti yang mengekang keputusan UMNO Negeri Sembilan berbanding akta yang sama-sama dipersetujui oleh semua ahli Parlimen sebelum PRU15.

"Tetapi kemudiannya dilanggar oleh enam MP Bersatu.

"Sebenarnya satu demi satu prinsip yang dilanggar oleh PH akan berbalik implikasinya kepada mereka.

"Ia termasuklah peruntukkan ahli Parlimen yang mereka juga akan tuntut apabila jadi pembangkang kelak. Waktu itu, kita sudah sediakan jawapannya," ulasnya.