Ibu campak bayi 'hidup-hidup' ke dalam longkang

Iklan
Insiden itu dirakam oleh CCTV. - Foto: Agensi

NEW DELHI – Seorang wanita didakwa bertindak kejam dengan mencampakkan anak perempuannya yang berusia 18 bulan ke dalam longkang besar (saliran air terbuka yang dalam) hidup-hidup dalam satu kejadian yang dipercayai berpunca daripada tekanan kemiskinan melampau.

Insiden itu terbongkar pada 23 April lalu selepas mayat bayi malang berkenaan tersangkut pada jeriji besi di sebuah longkang besar di kawasan Palla.

Iklan
Iklan

Mayat mangsa ditemui oleh dua pelajar sekolah yang kemudian memaklumkan kepada penduduk sebelum pihak polis dipanggil ke lokasi.

Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai masih hidup ketika dicampakkan ke dalam longkang besar tersebut.

Iklan

Menurut polis, perkembangan penting kes diperoleh selepas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang wanita berjalan sambil mendukung seorang kanak-kanak sebelum kembali bersendirian tidak lama kemudian.

Berdasarkan rakaman itu, pihak berkuasa menahan suspek untuk siasatan lanjut.

Iklan

Wanita terbabit, dikenali sebagai Neelam yang berasal dari Madhubani, kemudian mengaku melakukan perbuatan tersebut ketika disoal siasat. Dia tinggal di Faridabad bersama suaminya, Sanjay.

Seorang pegawai penyiasat kanan berkata, suspek mendakwa tindakannya didorong oleh kesempitan hidup yang serius.

Mangsa merupakan anak bongsu daripada enam beradik perempuan, dan suspek mendakwa tidak mampu membesarkan kesemua anaknya dengan keadaan kewangan yang sangat terhad.

Sumber polis memaklumkan keluarga itu tinggal di kawasan setinggan di Dheeraj Nagar dan berdepan tekanan ekonomi yang kritikal.

Jurucakap polis, Yashpal mengesahkan kes masih dalam siasatan dan pihaknya sedang melengkapkan kertas siasatan bagi mendapatkan gambaran penuh kejadian.-Agensi