Tukun tiruan 15 tan jadi benteng baharu halang pukat tunda di perairan Kelantan
Iklan
Sebanyak 16 unit tukun tiruan berkonsepkan konservasi berbentuk kuboid dilabuhkan di perairan Tumpat menerusi Program Melabuh Tukun Tiruan Jabatan Perikanan.
KOTA BHARU - Struktur tukun tiruan seberat 15 tan dengan ketinggian 2.6 meter kini menjadi benteng baharu di perairan Kelantan bagi menghalang aktiviti pukat tunda yang mengancam sumber marin di pesisir pantai negeri ini.
Pengarah Perikanan Kelantan, Ismail Ibrahim berkata, sebanyak 16 unit tukun tiruan berkonsepkan konservasi berbentuk kuboid dilabuhkan di perairan Tumpat menerusi Program Melabuh Tukun Tiruan Jabatan Perikanan.
Iklan
Iklan
Menurut beliau, struktur berukuran 2.5 meter lebar dan panjang setiap unit itu bukan sahaja mampu menghalang pencerobohan pukat tunda, malah menjadi habitat baharu untuk pembiakan pelbagai spesies ikan serta hidupan marin lain.
"Struktur ini menyediakan kawasan nurseri, perlindungan dan pembiakan hidupan marin selain membantu memulihkan habitat yang musnah akibat aktiviti perikanan serta bencana alam.
Iklan
"Pada masa sama, kekuatan fizikal tukun ini mampu menjadi penghalang kepada aktiviti pukat tunda di persisiran pantai," katanya kepada pemberita pada Isnin.
Ismail memberitahu, program berkenaan menggunakan peruntukan RM500,000 melalui Program Ecological Fiscal Transfer for Biodiversity (EFT).
Iklan
Ujarnya, jabatan turut memperkenalkan tukun tiruan berkonsepkan rekreasi dengan reka bentuk bersesuaian bagi mewujudkan kawasan agro-pelancongan berasaskan aktiviti memancing rekreasi dan selam skuba.
Menurut beliau, sejak tahun 2007 hingga 2025, sebanyak 328 unit tukun pelbagai jenis, saiz dan konsep telah dilabuhkan di beberapa lokasi termasuk Pasir Puteh, Tumpat, Bachok dan Kota Bharu melibatkan peruntukan kira-kira RM6 juta.
"Jabatan Perikanan Malaysia akan terus melaksanakan program melabuh tukun tiruan dari semasa ke semasa bagi memastikan sumber perikanan sentiasa mampan serta menjamin sekuriti makanan negara," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Van sekolah operasi tanpa permit, insurans serta daif kaut untung RM10,000 sebulan"><meta itemprop="description" content="Pemilik van persendirian dipercayai mengaut keuntungan sehingga RM10,000 sebulan dengan mengendalikan perkhidmatan van sekolah secara haram tanpa permit dan perlindungan insurans, selain menggunakan kenderaan yang berada dalam keadaan daif sehingga boleh membahayakan keselamatan pelajar.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, Mohd Misuari Abdullah berkata, pengusaha terbabit turut didapati membawa pelajar secara berhimpit-himpit sehingga melebihi kapasiti yang dibenarkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803951/edisi/kelantan/van-sekolah-operasi-tanpa-permit-insurans-serta-daif-kaut-untung-rm10000-sebulan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #JPJ #VanSekolah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T07:07:33.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P173S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvdxoq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvdxoq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvdxoq"></script>