Wanita dipukul suami masih trauma, keluarga serah siasatan kepada polis

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Sabtu berhubung kejadian yang melibatkan seorang penjawat awam didakwa dipukul suami sehingga keguguran.

SUNGAI PETANI - Keluarga wanita dipukul suami dalam kejadian di Ambangan Heights di sini pada Khamis lalu menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk melakukan siasatan berhubung kes berkenaan.

Abang mangsa, Mohd Firdaus Moktar, 45, berkata, adik perempuannya yang berusia 39 tahun itu kini dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) akibat kecederaan dialami.

Iklan
Iklan

Menurutnya, mangsa kini dilaporkan stabil namun memerlukan penjagaan rapi memandangkan masih dalam keadaan trauma.

"Keadaan adik ok...stabil, namun memerlukan penjagaan ahli keluarga memandangkan dalam tempoh berpantang akibat keguguran.

Iklan

"Dia ditempatkan di wad khas atas faktor keselamatan dan rawatan lanjut kerana masih lagi trauma dan ketakutan," katanya.

Media sebelum ini melaporkan, seorang wanita cedera di beberapa bahagian badan dipercayai dipukul suaminya sehingga menyebabkan mangsa turut mengalami keguguran ketika kandungan berusia 12 minggu.

Iklan

Wanita yang juga penjawat awam itu dikatakan bertengkar dengan suaminya menyebabkan dia dipukul dengan teruk menggunakan penyangkut baju, getah paip dan batang besi langsir serta batang penyapu sehingga patah.

Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan pada tangan dan jari kirinya patah, lebam di muka selain kecederaan di bahagian perut.