Polis kesan wanita dera anak kandung

Iklan
Polis sedang mengesan seorang wanita dipercayai mendera anak kandungnya berusia tiga tahun di Batu Caves, Selangor. Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Polis sedang giat mengesan seorang wanita dipercayai mendera anak kandungnya berusia tiga tahun di Batu Caves, Selangor baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya menerima laporan pada Sabtu daripada nenek kepada kanak-kanak lelaki itu yang tinggal serumah.

Iklan
Iklan

"Siasatan mendapati kejadian berlaku pada kira-kira jam 8 malam awal Mac lepas ketika pengadu terdengar tangisan cucunya disyaki didera.

"Siasatan mendapati suspek ibu kandung mangsa. Motif kejadian masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.

Iklan

Noor Ariffin berkata, mangsa telah dibawa mendapatkan pemeriksaan doktor.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Iklan

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Amirul Ashyraf Abu Hassan menerusi talian 019-3491233 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak 03-61262222. - Bernama