Tak sampai satu jam, 10 kes pokok tumbang akibat ribut kuat

Iklan
Sebanyak 10 kes pokok tumbang dilaporkan dalam tempoh 45 minit susulan hujan lebat dan ribut melibatkan beberapa lokasi di Parit 7A, Parit 7B dan Parit 9A, Sungai Manik pada Sabtu. Foto APM Perak

TELUK INTAN - Sebanyak 10 kes pokok tumbang dilaporkan dalam tempoh 45 minit susulan hujan lebat berserta angin kencang yang melanda kawasan Sungai Manik di sini pada Sabtu.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perak memaklumkan, kejadian bermula kira-kira jam 6 petang itu melibatkan beberapa lokasi di Parit 7A, Parit 7B dan Parit 9A di bawah Parlimen Pasir Salak.

Iklan
Iklan

Menurut laporan awal, kejadian pokok tumbang telah menghalang laluan jalan dengan sebahagiannya mengakibatkan kerosakan kepada kediaman penduduk.

Antara rumah penduduk yang terjejas teruk akibat insiden pokok tumbang. Foto APM Perak

Iklan

"Tujuh anggota dengan bantuan dua kenderaan iaitu sebuah ambulans dan sebuah Hilux segera dihantar untuk tindakan lanjut.

"Setakat ini, tiada laporan kecederaan atau kemalangan jiwa diterima," katanya dalam kenyataan ringkas di sini.

Iklan

Kejadian pokok tumbang telah menghalang laluan selain mengakibatkan kerosakan kepada kediaman penduduk. Foto APM Perak

Kenyataan turut memaklumkan operasi pemantauan dan pembersihan masih giat dijalankan di lokasi terlibat.

Orang awam dinasihatkan supaya berhati-hati terutama ketika melalui kawasan terjejas dan segera melaporkan sebarang insiden kepada pihak berkuasa.