'Dah sihat, sedia untuk perjuangan'
Iklan
Tangkap layar video Hashim keluar mengambil angin di luar rumahnya dengan menaiki kerusi roda. - FOTO: TikTok Husna Hashim
KANGAR – Kesihatan Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin kini menunjukkan perkembangan positif selepas menerima rawatan rapi di Hospital Pulau Pinang.
Beliau sudah mempunyai kekuatan untuk keluar mengambil angin di luar rumahnya di sini dengan menaiki kerusi roda.
Iklan
Iklan
Perkembangan semasa itu dikongsikan oleh anaknya, Husna Hashim menerusi video di TikTok yang memaparkan perubahan ketara kesihatan pemimpin tersebut.
Dalam rakaman tersebut, Hashim dilihat tenang dan ceria, malah masih mampu menjawab panggilan telefon walaupun dalam keadaan berkerusi roda.
Iklan
Hashim dilihat tenang dan ceria sambil menjawab panggilan telefon walaupun dalam keadaan berkerusi roda. - FOTO: TikTok Husna Hashim
Beliau turut meluahkan kata-kata ringkas namun bersemangat apabila ditanya oleh Husna dalam video berkenaan
Iklan
“Dah sihat, sedia untuk perjuangan,” kata Hashim.
Menurut Husna, perubahan itu sangat mengembirakan memandangkan sebelum ini bapanya hanya dilihat mampu berehat di atas katil.
“Alhamdulillah, ayah semakin sihat dan nampak lebih ceria. Terima kasih atas doa kalian semua,” katanya sambil menzahirkan penghargaan atas doa orang ramai.
Terdahulu, media melaporkan Hashim menerima rawatan di Hospital Tuanku Fauziah sejak 9 Februari lalu akibat masalah kesihatan sebelum dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi di Hospital Pulau Pinang bagi pemantauan lanjut.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bersama lapor polis, bendera parti jadi sasaran vandalisme, dibakar secara sengaja"><meta itemprop="description" content="Calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Abdul Rashid Abu Bakar membuat laporan polis selepas bendera parti di kawasannya menjadi sasaran vandalisme apabila didakwa dibakar secara sengaja dipercayai oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Abdul Rashid berkata, kejadian itu disedari petugas pilihan raya parti berkenaan antara jam 4 pagi hingga 7 pagi, Ahad lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802985/berita/politik/bersama-lapor-polis-bendera-parti-jadi-sasaran-vandalisme-dibakar-secara-sengaja
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T10:25:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYI9E1gw6KQ-f4B_n/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsvkni"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsvkni"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsvkni"></script>