Pernah hidup susah, peniaga berkongsi rezeki jual nasi bajet RM6

Iklan
Norhanita menawarkan nasi bajet RM6 bagi meringankan beban masyarakat setempat yang berdepan tekanan kos kehidupan ketika ini.

KUANTAN – Pernah melalui kesusahan membuatkan seorang pengusaha kedai makan di Taman Impian, di sini menyediakan nasi bajet pada harga serendah RM6.

Pengusaha terbabit, Norhanita Mat Nasir, 45, berkata, inisiatif itu diambil sebagai usaha meringankan beban masyarakat setempat yang berdepan tekanan kos kehidupan ketika ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kenaikan harga bahan mentah tidak menjejaskan harga jualan kerana beberapa faktor penjimatan kos yang dimiliki.

“Premis ini dibina atas tanah pusaka keluarga suami, jadi tiada kos sewa bulanan.

Iklan

“Selain itu, suami menternak ikan dan kami memperoleh bekalan bahan basah pada harga berpatutan,” katanya ketika ditemui di Taman Impian di sini pada Khamis.

Dengan harga RM6, pelanggan boleh menikmati hidangan lengkap merangkumi ayam masak lemak, ikan keli berlada, ayam goreng, dua jenis sayur, sambal serta minuman.

Iklan

Ibu kepada empat anak itu berkata, kelebihan tersebut membolehkannya mengawal kos operasi sekali gus mengekalkan harga makanan pada kadar rendah tanpa menjejaskan kualiti hidangan.

“Saya pernah lalui kesusahan, jadi saya mahu berkongsi rezeki dengan pelanggan.

“Dalam keadaan sekarang yang semakin mencabar, saya rasa tidak salah untuk menawarkan harga mampu milik,” jelasnya.

Norhanita memberitahu kedai yang mula beroperasi kira-kira tiga minggu lalu itu semakin mendapat sambutan dalam kalangan penduduk setempat, terutama pada waktu tengah hari.

"Setakat ini operasi berjalan lancar dengan bantuan suami dan seorang pekerja," ujarnya.