KOTA KINABALU - Seorang lelaki Indonesia dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan sebatan selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis methamphetamine sebanyak 69.1 kilogram.
Hakim Datuk Celestina Stuel Galid menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Kahar Amir, 46, di Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis.