LIGA Bolasepak Malaysia (MFL) akan mengadakan satu sesi perbincangan meja bulat melibatkan semua Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kelab Liga Malaysia (Liga M) pada minggu depan.
Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon mengesahkan pihaknya telah menerima jemputan daripada badan pengendali liga itu bagi membincangkan hala tuju dan penambahbaikan saingan liga tempatan.